ASSALAMUALAIKUM
Hi
there. Lamanya tak update blog, dah bersarang labah labah dah. After this get
the vacuum and kita sama sama bersihkan sarang labah labah ni okay? Sekarang ni
sibuk sangat sampai tak sempat nak update apa apa cerita kat sini. Biasalah,
sibuk menanam anggur kan?? Hahaha.
Ramai
yang tanya kenapa kina senyap je sekarang. Haishh, mana ada senyap. Kecah je
kat sini. Cuma malas nak online facebook dah. Lama lama online tak dapat apa
pun. Baik buka youtube layan politik *ehhhh* HAHAHA. Actually, bulan April ni
ingat nak duduk dengan nenek dekat Segamat, tapi ayah tak balik sana lagi, so
terpaksa tunda lahhhh. Now memang tak buat apa. Duduk rumah, besarkan badan.
Takut nanti masuk U student ingat kina ni adik adik, hehe. Kerja? Sekarang ni
kina memang tak kerja, bulan Jan dengan Feb je kina kerja. Bukan malas nak
kerja, tapi tak tahu nak kerja kat mana. Duit poket ada laa sikit, cukup cukup
untuk buat beli jajan xDD.
Cerita pasal selangkah ke U ni, alhamdulillah, kina dah hantar permohonan UPU.
Cuma tinggal tunggu jawapan bulan Mei. Takut tu memang sangat sangat sebab
result kina pun just nice, so mohon pun apa yang layak lahh. Antara U yang kina
mohon tu, UiTM, UPSI, UniSZA and UIAM. Kina hanya mampu berdoa semoga Allah
berikan yang terbaik buat kina and kawan kawan. Nanti dah masuk U, semuanya dah
berubah even bukan 100%. And the most important is “HOW CAN WE MANAGE OUR
TIME”. Yapp! Benda yang paling kina rasa perlu pengorbanan yang sangat banyak.
Sangat banyak okay? Hahaha. Assignment banyak nak kena buat, hantar mesti on
time *dulu pun homework tak buat*, terkejar sana sini, dengan class lagi.
Huhhhhhh! I can’t imagine that. Seriously. Tapi!! Belum cuba belum tahu right?
In sha Allah kina akan buat yang terbaik dekat U nanti dan benda yang paling
paling paling paling penting ialah, “kita belajar, niat kerana Allah” , “kita
belajar, niat kerana nak tahu apa yang perlu kita tahu” . In sha Allah, segala
apa yang kita usahakan akan ada habuannya. Amin ya Rabb.
“Pembelajaran itu menuntut kesabaran dan
sabar itu separuh dari iman”