SELANGKAH KE U



 ASSALAMUALAIKUM

Hi there. Lamanya tak update blog, dah bersarang labah labah dah. After this get the vacuum and kita sama sama bersihkan sarang labah labah ni okay? Sekarang ni sibuk sangat sampai tak sempat nak update apa apa cerita kat sini. Biasalah, sibuk menanam anggur kan?? Hahaha.

Ramai yang tanya kenapa kina senyap je sekarang. Haishh, mana ada senyap. Kecah je kat sini. Cuma malas nak online facebook dah. Lama lama online tak dapat apa pun. Baik buka youtube layan politik *ehhhh* HAHAHA. Actually, bulan April ni ingat nak duduk dengan nenek dekat Segamat, tapi ayah tak balik sana lagi, so terpaksa tunda lahhhh. Now memang tak buat apa. Duduk rumah, besarkan badan. Takut nanti masuk U student ingat kina ni adik adik, hehe. Kerja? Sekarang ni kina memang tak kerja, bulan Jan dengan Feb je kina kerja. Bukan malas nak kerja, tapi tak tahu nak kerja kat mana. Duit poket ada laa sikit, cukup cukup untuk buat beli jajan xDD.

Cerita pasal selangkah ke U ni, alhamdulillah, kina dah hantar permohonan UPU. Cuma tinggal tunggu jawapan bulan Mei. Takut tu memang sangat sangat sebab result kina pun just nice, so mohon pun apa yang layak lahh. Antara U yang kina mohon tu, UiTM, UPSI, UniSZA and UIAM. Kina hanya mampu berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat kina and kawan kawan. Nanti dah masuk U, semuanya dah berubah even bukan 100%. And the most important is “HOW CAN WE MANAGE OUR TIME”. Yapp! Benda yang paling kina rasa perlu pengorbanan yang sangat banyak. Sangat banyak okay? Hahaha. Assignment banyak nak kena buat, hantar mesti on time *dulu pun homework tak buat*, terkejar sana sini, dengan class lagi. Huhhhhhh! I can’t imagine that. Seriously. Tapi!! Belum cuba belum tahu right? In sha Allah kina akan buat yang terbaik dekat U nanti dan benda yang paling paling paling paling penting ialah, “kita belajar, niat kerana Allah” , “kita belajar, niat kerana nak tahu apa yang perlu kita tahu” . In sha Allah, segala apa yang kita usahakan akan ada habuannya. Amin ya Rabb.

“Pembelajaran itu menuntut kesabaran dan sabar itu separuh dari iman”

Dah Siap Baca ? Smile Sikit :). Mekasih Ye :D