DEMI CINTAKU KEPADA ALLAH


Kehidupan sebenar aku telah bermula pada hari ini. Kesilapan besar yang telah aku buat aku jadikan sebagai pengajaran untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Biarpun ia memakan masa beribu tahun, aku akan cuba demi cinta aku kepada Allah. Bermulanya kisah seorang muslimah yang tersilap langkah dah telah kembali ke jalan yang benar :’)

***

Malu untuk mengakui, tapi inilah hakikatnya, realiti yang tidak perlu disembunyikan lagi. Terasa diri ini terlalu hina, tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Terasa ingin membetulkan kembali keadaan, tetapi semua itu sudah terlambat. Kini, aku hanya boleh menyesali apa yang telah aku lakukan selama ini. Mungkin ini bukan atas kehendak dan kereleaanku, tapi hasutan syaitan yang lebih kuat telah membawaku ke kearah kemaksiatan.

Aku ingin berubah. Aku ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Aku yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala aku merasakan diriku cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah telah menguji diriku. Allah menghadirkan diriku dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Diriku dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwaku.

Aku percaya cinta dari Allah, tapi aku lupa bahawa ini bukan caranya. Aku alpa. Hatiku sudah tidak seperti dahulu. Hatiku dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan aku tidak sedar aku sudah berubah, bukan juga aku tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Aku sedar atas semua yang berlaku. Tapi, aku menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Aku sudah jauh dari hidayah Allah. Iman aku rapuh, syaitan menari-nari tatkala aku membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh diriku bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya aku jaga,telah aku dedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suamiku.

Tidakkah aku takut dengan dosa atau dengan azab Allah? Ya, aku takut, aku takut dengan azab Allah, aku masih sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangku pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang pada aku. Jejaka itu gagal menawan mahkota diriku. Saat aku berutus cinta, aku masih lagi solat, aku tidak lupa tanggungjawabku. Namun mungkin solatku masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imanku dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada diriku. Allahuakbar. Di saat jejaka menyepikan dirinya seketika, aku dilanda rasa berdosa. Berdosa yang teramat sangat. Mengingati kembali dosa-dosa yang telah aku lakukan, mengalir air mata kekesalanku. Disaksikan kegelapan malam, aku bangun untuk bersolat taubat. Aku menangis sepuas-puasnya. Memohon petunjuk dari Allah, aku ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupku, aku nekad untuk berubah. Namun hatiku sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut aku lakukan kini. Aku mula merasakan aku bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Aku menutup pintu hatiku seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimananku yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk diriku bertemu dengan seseorang yang mencintaiku kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."





Dah Siap Baca ? Smile Sikit :). Mekasih Ye :D